HOME GAMBAR 1 CLUB HOUSE ENDURANCE KTN TO TRG LDP TO ENDAU ROMPIN ENDURANCE TRG TO KLTN MAJLIS PERASMIAN KAYUHAN JALINAN MESRA PROGRAM COMMUNITY POLICING PDRM & UMP BERSAMA ARTIS JAMBOREE GRRC14

Ahad, 18 November 2012

Galing Cycling Club House

                           Galing Cycling Clubhouse atau  Rumah Kelab Basikal Galing telah ditubuhkan pada 15 hb September 2012, susulan dari idea dan cadangan oleh Komander Briged Tenggara PGA, Yang DiHormati SAC Dato' Azizan Bin Abu Taat. Pada ketika ini YDH Dato' Komander adalah merupakan Penaung atas tertubuhnya Kelab Berbasikal Galing yang mana dianggotai oleh pegawai kanan dan anggota pangkat rendah yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama iaitu "berbasikal".

                  Bermulanya dari tarikh tersebut, kerja-kerja pengubahsuaian dan menambahbaik bangunan yang sedia ada telah dijalankan dengan teratur bagi memastikan perancangan untuk menubuhkan sebuah Rumah Kelab Basikal didalam persekitaran Kem Bukit Galing terlaksana. Atas daya usaha dan idea dari YDH Dato Azizan serta dengan sokongan padu dari pegawai dan anggota, maka Rumah Kelab Basikal akhirnya menjadi kenyataan.

                             Penubuhan Rumah Kelab Basikal ini adalah bertujuan bagi menarik minat pegawai, anggota serta ahli keluarga didalam Kem Bukit Galing untuk sama-sama menyertai dan mengikuti aktiviti berbasikal yang kini menjadi satu budaya baru dikalangan masyarakat setempat.Aktiviti kayuhan basikal ini telahpun dijalankan mengikut beberapa fasa utama iaitu Kayuhan Jarak Jauh (endurance) disepanjang laluan Pantai Timur Semenanjung Malaysia bermula dari Markas Kem Bukit Galing dan berakhir dibeberapa tempat terpilih seperti ke Kem Batalion 9 PGA Kuala Terengganu yang mengambil jarak sejauh 220 km selama 2 hari, dari Kem Galing ke Hutan Simpan Negeri Endau Rompin, Pahang sejauh 210 km dan dari Kem Batalion 9 PGA Kuala Terengganu ke Kem Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa Kelantan selama 1 hari dengan jarak sejauh 160 km dan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Galing Cycling Clubhouse ini menempatkan beberapa kemudahan untuk kegunaan sama komuniti Kem Galing iaitu :-
  • Kelab Basikal 
  • Perpustakaan Mini
  • Bilik Bacaan / Kelas / Tuisyen
  • Bilik Komputer ( Teknologi Maklumat / Internet)
                   Selain daripada itu, kekuatan Kelab ini adalah disokong oleh beberapa Ahli Jawatan Kuasa yang dilantik bagi menguruskan serta merancang program aktiviti berbasikal disamping menentukan kesedaran manfaat serta faedah dari aktiviti kayuhan basikal kepada semua peringkat warga Kem Galing melalui siri Kelas Teknikal yang diadakan bagi memberi serba sedikit pengetahuan tentang basikal. 
                   Semoga dengan tertubuhnya "Galing Cycling Clubhouse" ini, diharapkan agar lebih ramai lagi penglibatan pegawai dan anggota menyertai aktiviti kayuhan basikal demi kesejahteraan kesihatan diri sendiri dan juga keluarga serta memupuk semangat kerjasama dan perpaduan yang dapat diserapkan melalui aktiviti berbasikal.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan