HOME GAMBAR 1 CLUB HOUSE ENDURANCE KTN TO TRG LDP TO ENDAU ROMPIN ENDURANCE TRG TO KLTN MAJLIS PERASMIAN KAYUHAN JALINAN MESRA PROGRAM COMMUNITY POLICING PDRM & UMP BERSAMA ARTIS JAMBOREE GRRC14

Isnin, 20 Mei 2013



PROGRAM
 COMMUNITY POLICING (NKRA)
KAYUHAN BERSAMA KOMUNITI UMP DAN
KESEDARAN PENCEGAHAN JENAYAH 2013


Program ini telah dilaksanakan di markas Kem Bukit Galing dengan anjuran bersama antara 
Batalion 7 PGA dan Universiti Malaysia Pahang, Gambang pada 19 haribulan Mei 2013 bersamaan hari ahad. Ianya telah disempurnakan oleh Yang DiHormati Komander Briged Tenggara PGA,  
SAC Dato' Azizan b. Abu Taat selaku Yang Dipertua Kelab Basikal Kem Galing.

Seramai 128 penyertaan dikalangan pegawai, anggota dan kakitangan awam Kem Galing
telah melibatkan diri didalam program yang julung kalinya diadakan termasuklah penyertaan 
daripada pelajar UMP dengan tujuan dan matlamat untuk mengeratkan lagi perhubungan 
antara Polis DiRaja Malaysia dengan komuniti setempat dan juga bagi memberi kesedaran
kepada masyarakat setempat betapa pentingnya langkah-langkah awal pencegahan jenayah
daripada berlaku dipersekitaran masyarakat setempat. Ini didterjemahkan lagi dengan kehadiran
penceramah berpangkat ASP yang diundang khas dari Ibu Pejabat Daerah Polis Kuantan
bagi menjelaskan dengan lebih terperinci kepentingan pencegahan jenayah serta
langkah-langkah yang sepatutnya bagi mencegah daripada berlakunya kejadian jenayah.

Program kayuhan ini telah bermula dari perkarangan Kelab Basikal Kem Galing dengan
melalui jalan utama ke Tanjung Lumpur, Kampung Peramu, Kuantan dan juga
melalui perkampungan Kempadang sehinggalah ke Pantai Sepat. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah mengedarkan risalah berkaitan pencegahan jenayah kepada komuniti setempat dimana 
rombongan kayuhan ini berhenti serta beramah mesra dengan penduduk setempat
bagi memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa PDRM serta komuniti sentiasa
bekerjasama erat dalam mencegah berlakunya kes-kes jenayah.

Kayuhan ini telah berakhir dan tamat di Kelab Basikal Kem Galing dengan jayanya. 
Keselamatan ketika berkayuh turut dibantu oleh anggota cawangan trafik Kuantan 
serta petugas-petugas dari kalangan pegawai dan anggota PGA kem Bukit Galing.
Secara keseluruhannya program ini telah berjalan dengan sempurna dan 
jayanya, dimana tiada kejadian yang tidak diingini berlaku dikalangan peserta
ketika berkayuh dan semasa program ini berlangsung.

Adalah diharapkan agar Polis DiRaja Malaysia sentiasa mendapat tempat
dikalangan masyarakat serta komuniti setempat denga program-progam seumpama ini
dan dapat memberi keyakinan yang lebih tinggi kepada masyarakat terhadap keupayaan
dan kehadiran PDRM pada setiap masa.

Sebahagian daripada peserta bergambar sebelum memulakan kayuhan



Sesi ceramah Pencegahan Jenayah


 
Pelepasan peserta oleh YDH SAC Dato Azizan b. Abu Taat